Wednesday, February 16, 2011

ADAKAH ANDA SEORANG YANG TAKABUR?

Penyampai : En. Abdul Hadi Bin Ahmad

Tarikh : 7 Januari 2011


La Yadqulul jannata man ka na fi qalbihi misqa lu zarrati min qar dalin min kibri.

Maksudnya : Tidak masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut yang kecil daripada biji sawi daripada kibr (takabur).
Takabur sering menyerang individu yang mempunyai potensi. Lebih banyak potensi yang dimiliki oleh seseorang maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takabur. Rasulullah telah bersabda “....sombong atau takabur itu adalah menolak kebenaran dan menghina makhluk” Riwayat Muslim.
Pendek kata ingin saya ingatkan pada rakan-rakan semua tentang sembilan (9) tanda takabur iaitu:
1) Tidak suka berdoa
Doa lambang sifat kehambaan kepada Allah. Apabila ada rasa kehambaan , timbul rasa mengharap dan meminta kepada Allah. Enggan berdoa menunjukkan tiada sifat kehambaan kita kepada Allah dan seolah-olah rasa kuat dan tidak perlukan Tuhannya. Contoh: lihat lepas solat, adakala kita tidak baca doa langsung terutama solat berjemaah. Tinggal solat dan melengahkan solat juga tanda manusia itu takabur.

2) Mudah terluka dan melukakan hati orang lain.
Orang yang takabur selalu memperlecehkan orang lain. Contoh ayat: apa da lembab, aku buat senang jer...moral di situ dapa t dilihat janganla mengata walaupun kita sudah mencapai kejayaan. Orang takabur juga mudah tersinggung dan hati terluka sebab selalunya dia dikaitkan dengan istilah ‘toxic people’. Suka meretakkan persahabatan, meracuni persaudaraan dsb atas sebab pantang dicabar dan pasti mencabar.

3) Sukar memberi dan meminta maaf
Istilah forgive and forget tiada dalam kamus orang takabur. Lagi-lagi bila mempunyai kuasa, dendam diiringi dengan sifat takabur menjadikan kebanyakan golongan pemimpin tergolong dalam orang bersifat takabur. Cub fikir sendiri, sedangkan Allah yang Maha Besar pun sanggp mengampuni dosa hamba-Nya. Siapakah kita? Fikirlah sendiri....

4) Memotong cakap orang lain
Orang takabur suka menjuarai perbualan malah kurang mendengar. Contoh dalam mesyuarat, dia tidak suka orang lain memberi pandangan dan hanya mahu pandangannya sahaja diterima. Dari situ, akan tumbuh sifat mazmumah dikalangan ahli mesyuarat yang lain. Sengketa yang menjelma. Bak kata pepatah “the first duty of love is to hear..orang takabur sering tandus cinta kerana dia mengabaikan tugas cinta yang pertama iaitu mendengar.

5) Gila kuasa dan jawatan
Orang takabur sering anggap semua kejayaan adalah hasil usahanya seorang. Arahannya adalah kasar. Tiada yang suka dengan kepimpinannya..dan jika dia jadi pengikut, sukar mengikut arahan.

6) Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh.
Trend berpakaian sentiasa berubah tetapi keangkuhan diri tidak dapat diubah kerana mudah dikesan oleh mata kasar. Rasa hati yang ingin menunjuk-nunjuk tapi dikesan dari segi cara berjalan. Contohilah cara Rasulullah, baginda akan menyuruh sahabat berjalan dihadapan sewaktu berjalan bersama.

7) Gila Pujian
Selalunya orang takabur gila nak jadi pemimpin dan sudah tentu gila pujian. Jika pemimpin gila pujian, lalu dia akan dikelilingi kaki ampu. Seperti Firaun ada Haman, ada orang kanan yang suka membodek. Pujian menambah tingkat takabur seseorang malah membutakan mereka melihat kelemahan dan kekurangan diri. Lagak seperti super-man rasanya...

8) Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
Sifat ini selalunya hinggap pada orang yang rajin beribadah dan takabur kerana ibadahnya. Kata Imam Ghazali “ dan itu kebodohannya, pengumpulan antara kesombongan dengan kebanggaan diri dan tertipu dengan ibadahnya kepada Allah. Dan disebabkan kedunguan dan kebodohannya itu, berkesudahan pada sebahagian mereka (ahli ibadah) kepada penentangan. Dan ia mengatakan, kamu akan lihat apa yang akan berlaku ke atasnya (pesaingnya). Dan apabila ia tertimpa dengan satu bencana, nescaya ia akan mendakwa bahawa yang demikian itu adalah daripada karamahnya”.

9) Tidak suka berziarah
Antara tanda orang yang takabur ialah dia tidak mahu menziarahi orang lain lebih-lebih lagi ia sukar menziarahi orang yang dianggap bawahannya. Dia tidak mahu duduk dengan orang yang dianggap miskin, kotor, busuk, xsama standard, dan buruk. Mungkin setakat membantu fakir miskin dari jauh mampu dilakukan tetapi untuk duduk bersama mereka jauh panggang dari api.

Kesimpulannya, marila kita renung sejenak dengan firman Allah S.W.T yang berbunyi:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang takabbur lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman: 18)

No comments:

Post a Comment